belajar hingga kehabisan harta tidak pula habis ilmu ditimba.....Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.....

Thursday, June 16, 2011

16/06/2011 : lan network setup

Ada dua jenis kabel iaitu:

Kabel jenis kuprum (copper cable) - digunakan dalam rangkaian komputer LAN (Local Area Network)

- Coaxial Cable

- Shielded Twisted-Pair (STP)

- Unshielded Twisted-Pair Cable (UTP)

2. Kabel jenis fiber (fiber optic)

Spesifikasi pemilihan kabel:

Kelajuan dalam pemindahan bit (bps).Iaitu kadar kelajuan data yang dihantar dan diterima dalam masa satu saat.Jenis penghantaran Sama ada baseband atau broadband.
Jarak maksimum yang boleh dicapai.

Antara contoh kabel yang selalu digunakan adalah 10BASE-T iaitu 10 untuk kelajuan LAN 10 Mbps,BASE untuk Baseband dan -T untuk jarak maksimum.


UTP Cable


Penyambung RJ-45

Kebanyakkan kabel yang dipasang di komputer untuk LAN adalah kabel UTP jenis 10BASE-T yang mempunyai RJ-45 Connector.

abel Jenis Shielded Twisted Pair (STP)

shielded.jpgSejenis kabel telefon kuprum yang mempunyai 2 wayar kuprum digabungkan bersama yang disaluti untuk melindungi kabel tersebut.Bahagian yang disaluti melindungi dari gelombang elecktromagnet dari kerosakan kabel.Kerap digunakan dalam Ethernet terutamanya dalam penghantaran data yang laju.

Ia sesuai untuk persekitaran elektrik sebab disaluti lebih tebal kabelnya.Ia menggunakan kuprum kabel untuk menyambungkan komputer dengan syarikat telekomunikasi.Sesuai digunbakan dalam rangkaian Token Ring Topology.

Walaupun STP melindungi ganguan lebih baik dari UTP,ia lebih mahal dan amat sukar untuk dipasang.Ia kerana pelindung yang berkilat (metallic shielding) mesti dibumikan kedua-duanya.Disebabkan kesukaran untuk memasang dan konfigurasi ia jarang digunakan dan hanya di Eropah sahaja lebih digunakan.




Rajah Di dalam Shielded Twisted Pair

Ciri-ciri kabel STP:

Kelajuan dan keluaran —10 – 100 Mbps
Purata harga satu node — Mahal
Saiz media dan sambungan—Sederhana – Besar
Panjang maksimum —100 m (paling pendek)


UTP merupakan kabel rangkaian komputer yang tidak disaluti dengan sebarang pelindung.Digunakan dalan Local Area Network (LAN) dan sambungan telefon.Lebih murah dan senang digunakan.Sambungan yang sesuai adalah RJ-45.

Antara kegunaan kabel jenis UTP adalah:

Kategori 1 – Untuk komunikasi telefon.Tidak sesuai untuk penghantaran data
Kategori 2 – Kemampuan penghantaran data sehingga 4 Mbps
Kategori 3 – Digunakan dalam rangkaian 10BASE-T.Kemampuan penghantaran data sehingga 10 Mbps.
Kategori 4 – Digunakan dalam rangkaian Token Ring.Kemampuan penghantaran data sehingga 16 Mbps.


jenis wayar mengikut warna dalam kabel UTP

Kategori 5 – Kemampuan penghantaran data sehingga 100 Mbps.
Kategori 5e – Kemampuan penghantaran data sehingga 1000 Mbps. (1Gbps)
Kategori 6 – 4 pasang dari 24 American Wire Gauge (AWG) wayar kuprum.Paling laju dalam penghantaran data UTP [sumber : www.ciscopress.com]

No comments:

Post a Comment