belajar hingga kehabisan harta tidak pula habis ilmu ditimba.....Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.....

Thursday, June 16, 2011

16/06/2011: Basic data Comunication

data - bahan mentah, maklumat, binary code 0&1

Component Data Communication

1. Sender
2. Receiver
3. Protokol = tatacara, cara
4. Medium @ Media = Cara Penghantaran-utp, stp, fiber, bluetooth, infrared, wireless
5. Message = text, imej, graphic, audio, movie
6. Equipment = Bridge, router, switch, hub, modem

  •  Bridge:-Bridge merupakan penghubung kepada beberapa segmen rangkaian di lapisan kedua model OSI.



    Model OSI adalah satu model bagi singkatan nama (Open Systems Interconnection Reference Model) ialah penerangan berlapis abstrak untuk reka bentuk komunikasi dan protokol rangkaian komputer, yang dibangunkan sebagai sebahagian dari inisiatif Open Systems Interconnection. Ia juga dipanggil model tujuh lapis OSI.


  • Lapisan 7: Aplikasi:Lapisan yang bekerja untuk memberikan pengguna akses kepada maklumat didalam rangkaian melalui sesuatu program atau aplikasi. Ia juga merupakan antaramuka (interface) yang utama bagi pengguna-pengguna untuk berhubung atau mengadakan komunikasi dari program ke program melalui rangkaian. Beberapa contoh yang melibatkan lapisan aplikasi adalah seperti Telnet, File Transfer Protocol (FTP), Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) and Hypertext Transfer Protocol (HTTP).
------------------------------------------------------------------------------------
  • Lapisan 6: Persembahan:Lapisan ini bertanggungjawab untuk mengubah data bagi mewujudkan antaramuka (interface) yang standard untuk lapisan applikasi. MIME encoding, pemampatan data, enkripsi data dan manipulasi yang serupa ke atas persembahan adalah dilakukan pada lapisan ini untuk memberikan maklumat atau data tersebut sebagai suatu perkhimatan atau protokol yang boleh memenuhi kehendak pencipta. Contohnya seperti: mengubah fail teks kod-EBCDIC kepada fail kod ASCII, atau serializing objects dan struktur data kepada yang lain seperti XML.
-----------------------------------------------------------------------------------
  • Lapisan 5: Sesi:Lapisan ini mengawal dialog (sesi) diantara komputer-komputer yang berhubung atau membuat komunikasi. Ia membuka, mengatur dan menutup sesi antara aplikasi-aplikasi yang berhubung antara satu sama lain. Ia menjalankan operasi samaada secara duplex atau half-duplex dan mewujudkan sekatan (checkpointing), pembatalan (adjourment), penamatan (termination) dan memulakan kembali prosedur-prosedur. Ia adalah bertangggungjawab untuk menutup dengan rapi lapisan sesi ini dimana ia adalah ciri-ciri bagi TCP dan juga bagi sesi sekatan dan pemulihan, dan biasanya tidak digunapakai oleh suit protokol internet (internet protocol).
------------------------------------------------------------------------------------
  • Lapisan 4: Pengangkut:Lapisan ini mewujudkan pemindahan data yang transparen di antara pengguna-pengguna, dengan ini membebaskan lapisan yang berada yang berada diatasnya daripada apa-apa kebimbangan disamping dapat memberikan data yang betul dan tepat. Ia mengawal keutuhan data di atas penghubung yang diberikan melalui kawalan aliran (flow control), segmentasi/desegmentasi dan kawalan kesilapan (error control). Sesetengah protokol adalah tetap dan berorientasikan penyambungan, dan ini bermakna lapisan pengangkut ini boleh mengawal/mengetahui paket-paket yang telah dihantar dan menghantar semula (transmisi semula) paket-paket yang gagal dihantar. Contoh yang terbaik lapisan ini ialah Transmision Control Protocol (TCP), lapisan ini akan menukar sesuatu mesej yang dihantar kepada segmen TCP atau User Datagram Protocol (UDP), Stream Control Transmission Protocol (SCTP) paket dan sebagainya.
------------------------------------------------------------------------------------
  • Lapisan 3: Rangkaian<:Lapisan rangkaian memberikan fungsi-fungsi dan prosedur untuk menghantar pelbagai jenis aturan data daripada punca kepada destinasi melalui satu atau lebih rangkaian sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan lapisan penghantar. Lapisan rangkaian The Network layer provides the functional and procedural means of transferring variable length data sequences from a source to a destination via one or more networks while maintaining the quality of service requested by the Transport layer. The Network layer performs network routing functions, and might also perform segmentation/desegmentation, and report delivery errors. Routers operate at this layer—sending data throughout the extended network and making the Internet possible (also existing at layer 3 (or IP) are switches). This is a logical addressing scheme – values are chosen by the network engineer. The addressing scheme is hierarchical. The best known example of a layer 3 protocol is the Internet Protocol (IP).
------------------------------------------------------------------------------------
  • Lapisan 2: Sambungan Data :Lapisan ini memberikan kewibawaan fungsian dan tatacara yang berkemampuan untuk menghantar data diantara entiti-entiti yang berada di rangkaian,dan ia juga adalah untuk mengesan dan memungkinkan membetulkan kesilapan yang mungkin berlaku di dalam lapisan fisikal. Contoh paling baik ialah ethernet dan contoh yang lain pula ialah seperti HDLC dan ADCCP untuk point to point atau packet switched networks dan Aloha untuk rangkaian kawasan setempat (LAN). IEEE 802 Rangkaian Kawasan Setempat(Local Area Network) dan sebahagian dari rangkaian bukan-IEEE 802 seperti FDDI, lapisan ini mungkin akan dibahagikan kepada lapisan Media Acces Control (MAC)dan lapisan IEEE 802.2 Logical Link Control (LCC). Ia menyusun bit-bit dari lapisan fisikal kepada data yang bahagian-bahagian logikal yang besar yang dikenali sebagai Frames.
    Di lapisan inilah dimana bridges dan switches beroperasi.Sambungan rangkaian diberikan hanya diantara komputer-komputer atau hos-hos yang bersambung kepada nod-nod lokal membentuk lapiasan ke-2 iaitu domain untuk unicast dan broadcast forwarding. Lain-lain protokol juga mungkin terdedah diatas kerangka (frame) data untuk membentuk laluan yang dipanggil tunnels dan lapisan ke-2 iaitu forwarding domains yang secara logikal terpisah.
------------------------------------------------------------------------------------
  • Lapisan 1: Fisikal :
    Lapisan fisikal ini hanya menjurus kepada semua spesifikasi elektrikal dn fisikal untuk sesuatu perkakasan. Ini adalah termasuk susunatur pin, voltan dan spesifikasi kabel. Hub, Repeater, Network Adapter dan Hos Bus Adapter (HBA yang digunakan pada Storage Area Networks) adalah pekakasan bagi Lapisan Fisikal. Fungsi utama dan perkhimatan oleh lapisn fisikal adalah:
    1. Memulakan dan menamatkan sambungan kepada medium komunikasi.
    2. Terlibat didalam proses di mana sumber komunikasi adalah dikongsi secara efektif kepada pengguna-pengguna. Contohnya seperti kawalan aliran dan ketetapan-ketetapan.
    3. Modulasi atau pertukaran diantara persembahan data digital didalam peralatan pengguna dan isyarat yang sepadan dihantar melalui saluran komunikasi. Isyarat-isyarat ini beroperasi melalui pendawaian fisikal (seperti pendawaian kuprum/tembaga dan gentian optik) atau melalui perhubungan radio.

    SCSI bus yang selari juga beroperasi di lapisan ini. Pelbagai jenis lapisan fisikal standard ethernet juga beroperasi di lapisan ini iaitu penggabungan kedua-dua lapisan dan lapisan sambungan data (data-link layer). Ia juga digunapakai kepada rangkaian kawasan setempat yang lain seperti Token Ring, FDDI dan IEEE 802.11.

Operasi

Bridge menggunakan maklumat di kepala frame untuk memantau sumber dan destinasi alamat MAC pada setiap frame data. Di dalam LAN, frame adalah merupakan satu unit lapisan-MAC yang mengandungi maklumat kawalan dan data. Dengan memantau alamat sumber-sumber ini, bridge akan dapat mengecam semua lokasi sistem rangkaian. Bridge kemudiannya akan membina satu jadual yang menyenaraikan alamat MAC yang boleh dicapai oleh setiap port. Ia kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk menyelaras aliran data dalam rangkaian.

  •  Router :- router merupakan sejenis peralatan komputer yang berfungi untuk menghalakan paket-paket data dalam jaringan. router biasanya menjalankan sistem pengendalian tersendiri. router yang lebih mahal memiliki banyak pemproses dan ASIC dan berupaya untuk menjalankan pemprosesan selari. Walau bagaimanapun, dengan perisian yang sesuai (seperti SmoothWall, XORP atau Quagga), PC biasa juga boleh bertindak sebagai penghala.

    Fungsi

    Router berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

    Kelebihan router

    1. Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.
    2. Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.
    3. Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.
    4. Menghalang Ribut Siaran (broadcast storm) dari tersebar keseluruh bahagian jaringan.
  •  Switch :- switch rangkaian ialah sejenis peranti yang menghubungkan beberapa segmen rangkaian komputer. Fungsinya hampir sama dengan hab tetapi ia lebih bijak dari segi penghantaran data ke stesen. Suis tidak menghantar data ke semua stesen, tetapi hanya menghantar data ke port atau stesen destinasi sahaja. Pada masa yang sama, lebih banyak stesen dapat menghantar dan menerima data serentak. Setiap port dalam suis juga boleh beroperasi dengan kelajuan berbeza.

    Kebanyakan suis beroperasi pada lapisan kedua model OSI, iaitu lapisan pautan data. Bagaimanapun, kini terdapat suis lapisan ketiga dan keempat, iaitu suis lapisan rangkaian dan suis lapisan pengangkutan.
  •  hub :-Hub merupakan sebuah peranti yang terdapat dalam rangkaian komputer. Hub secara fizikalnya berbentuk seperti kotak dari berbagai saiz. Ia mempunyai beberapa bilangan penyambung female RJ45 yang dikenali sebagai port. Setiap penyambung ini direka bentuk supaya boleh memuatkan satu kabel pasangan terpiuh (twisted pair) melalui penyambung male RJ45.

    Hab digunakan dalam rangkaian ethernet yang menggunakan kabel jenis UTP. Hab adalah titik penyambungan di antara stesen dengan stesen dan di antara stesen dengan pelayan.

    Terdapat dua kategori hub iaitu:
    1. Hub kotak (Hub chasis)
    2. Hab bertindan (Hub stackable)
  •  Modem :-Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulator-demolator, iaitu pemodulat dan penyahmodulat.

    Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.

    Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.

    Jenis modem

    Modem biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu modem dalaman (internal modem), modem luaran (external modem), dan kad PC (PC card). Daripada ketiga jenis modem ini, jenis modem dalaman dan luaran digunakan pada persekitaran perkomputeran peribadi. Manakala jenis modem kad PC pula sering digunakan bersama komputer mudah-alih dan komputer buku.

    Modem dalaman dari segi bentuk fizikalnya adalah berbentuk papan litar. Ia disambungkan serta dihubungkan dengan papan litar induk komputer peribadi menerusi slot penambah. Apa yang kelihatan untuk penglihatan anda cumalah bahagian belakangnya yang menyediakan soket sambungan kepada talian telefon.
    Antara kelebihan yang dimiliki oleh modem jenis ini iaitu modem dalaman ialah ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik yang berasingan kerana sumber sedemikian akan datangnya daripada komputer peribadi. Ia sekaligus menyelesaikan masalah seperti pembaziran tenaga elektrik atau pun masalah seperti sering terlupa menutup suisnya. Ia juga membolehkan penjimatan ruang pada meja komputer anda berbanding dengan modem luaran yang selalunya memerukan sedikit ruang pada meja perkomputeran anda. Lazimnya jenis modem dalaman dari segi kos serta harganya adalah lebih murah berbanding dengan modem luaran.

    Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta terasing daripada komputer peribadi anda. Ini sekaligus membolehkan anda menguruskannya secara berasingan. Antaranya termasuk kemampuan memutuskan capaian ke internet dengan menutup modem tanpa perlu menutup ataupun berinteraksi dengan program yang berkaitan dengannya pada komputer peribadi anda.


    Modem DSL.
    Selain daripada itu, modem luaran amat popular di kalangan pengguna kerana ia mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan para pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh modem tersebut.

    Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannya digunakan bersama komputer jenis mudah-alih dan buku. Saiz kad ini adalah sama dengan saiz kad kreadit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC yang memenuhi format kad PC2. Dengan menggunakan kad jenis ini, anda boleh membuat capaian ke internet dengan kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman ataupun pejabat anda seperti mana yang digunakan dengan modem jenis dalaman atau luaran.

    Namun, jika anda berada di dalam perjalanan serta tidak mempunyai talian telefon tetap serta kovensional, jangan bimbang, ini adalah kerana dengan menambahkan kabel khas kepada telefon mudah-alih ataupun bimbit anda. Capaian internet akan dapat dibuat. Mungkin masalah yang akan timbul ialah dari segi kualiti serta kemampuannya. Namun, kini sudah terdapat jenis-jenis modem yang menyokong persekitaraan seumpama ini. Ini adalah jenis-jenis modem yang dikenali sebagai modem yang menyokong rangkaian Paket Data Selular Digital. Dengan meluasnya penggunaan modem sedemikian, ia pastinya memberikan upaya mobilisasi yang besar kepada para pengguna.

    Apabila memilih modem samada jenis dalaman, luaran dan kad PC yang kebiasaannya ditentukan mengikut keperluan, kehendak serta jenis komputer yang dimiliki, turut merupakan faktor penting serta kriteria utama apabila memilih modem ialah kelajuaannya. Kelajuannya diukur dalam kiraan bit persaat (1 kilobit bersamaan dengan 1000 bit).

    Kelajuan sesebuah modem adalah amat penting kerana ia akan menjadi antara faktor utama yang menentukan kelajuaan anda memindah-terima laman-laman web, menghantar e-mel dan sebagainya. Lebih laju jenis modem anda, lebih lajulah kerja anda dapat dilaksanakan. Tetapi, haruslah diingati bahawa turut terdapat faktor-daktor lain yang mampu melambatkan ataupun mempercepatkan kerja anda. Antaranya ialah jenis talian komunikasi serta trafiknya ataupun kemampuan komputer induk yang menempatkan laman web tersebut.

Element Communication

1. privacy
2. security
3. peformance
4. realibity = keboleh percayaan

Netwok Topology

1. Ring


2. mesh


3. star


4. bus


5. tree

6. hibrib

type of network

1. LAN (local area network)
Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah rangkaian komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang. Ciri-ciri pentakrifan LAN, berbanding rangkaian kawasan luas (wide area network-WANs), termasuk biasanya kadar pemindahan data tinggi, kawasan geografi lebih kecil, dan tidak memerlukan talian suwa.

2. MAN (mentropolitan area network)
Jaringan wilayah metropolitan atau Metropolitan area network atau disingkat dengan MAN adalah suatu jaringan dalam suatu kota dengan transfer data berkecepatan tinggi, yang menghubungkan berbagai lokasi seperti kampus, perkantoran, pemerintahan, dan sebagainya. Jaringan MAN adalah gabungan dari beberapa LAN. Jangkauan dari MAN ini antar 10 hingga 50 km, MAN ini merupakan jaringan yang tepat untuk membangun jaringan antar kantor-kantor dalam satu kota antara pabrik/instansi dan kantor pusat yang berada dalam jangkauannya.

3. WAN (Wide area network)
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network, WAN) merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

No comments:

Post a Comment